Majlis Suaikenal Pelajar-pelajar Baru kawasan Tohoku
Tarikh: 18 April 2009
Tempat : 仙台市榴ヶ岡市民センター(Tsutsujigaoka Shimin Centre,Sendai)
Kehadiran : 72 orang
Tujuan : Berkenalan dengan pelajar-pelajar baru bagi kawasan Tohoku. Mesyuarat agung MSAJ Tohoku dan KUJ Tohoku turut diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti tahunan dan perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2009/2010.
Laporan : Majlis suaikenal pada kali ini diadakan serentak dengan mesyuarat agung MSAJ Tohoku dan KUJ Tohoku bermula pada jam 1.30 petang dengan kehadiran pelajar-pelajar baru seramai 31 orang iaitu 3 orang dari Aomori, 6 orang dari Akita, 5 orang dari Iwate, 8 orang dari Sendai, 7 orang dari Yamagata dan 3 orang dari Fukushima. Majlis dimulakan dengan pembentangan laporan aktiviti tahunan sesi 2008 dan perletakan jawatan dan pembubaran ahli jawatankuasa lama. Majlis diteruskan dengan sesi suaikenal bersama pelajar-pelajar baru dan perlantikan ahli jawatankuasa baru sesi 2009.
Penglibatan yang memberangsangkan diharapkan akan kekal pada masa akan datang.






