Archive for the ‘Uncategorized’ category

Taikai Bola Tohoku 2009

May 25, 2009

Tarikh:  27hb Jun 2009

Masa:   1030~1800

Tempat: 男鹿市船川港船川字海岸通り1号20番地

(Ogashi Funagawaminato Funagawa Azakaigandouri 1gou 20banchi)

http://waka77.fc2web.com/studium/03akita/02ogamarine.htm

Syarat-syarat pertandingan

1.  Setiap pasukan terdiri daripada 15 pemain (4 pemain simpanan)

2. 10min – 4min – 10min

Untuk makanan, bento akan disediakan untuk setiap pemain dan penyokong. Harga bagi setiap bento dijangka dalam linkungan 400-500 yen.

Senarai pasukan

  1. Akita
  2. Iwate
  3. Yamagata
  4. Muroran
  5. Sendai
  6. Nagaoka

Majulah Sukan Untuk Negara.

Majlis Suaikenal Pelajar-pelajar Baru kawasan Tohoku

May 11, 2009

Tarikh: 18 April 2009

Tempat : 仙台市榴ヶ岡市民センター(Tsutsujigaoka Shimin Centre,Sendai)

Kehadiran : 72 orang

Tujuan : Berkenalan dengan pelajar-pelajar baru bagi kawasan Tohoku. Mesyuarat agung MSAJ Tohoku dan KUJ Tohoku turut diadakan bagi membentangkan laporan aktiviti tahunan dan perlantikan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2009/2010.

Laporan : Majlis suaikenal pada kali ini diadakan serentak dengan mesyuarat agung MSAJ Tohoku dan KUJ Tohoku bermula pada jam 1.30 petang dengan kehadiran pelajar-pelajar baru seramai 31 orang iaitu 3 orang dari Aomori, 6 orang dari Akita, 5 orang dari Iwate, 8 orang dari Sendai, 7 orang dari Yamagata dan 3 orang dari Fukushima. Majlis dimulakan dengan pembentangan laporan aktiviti tahunan sesi 2008 dan perletakan jawatan dan pembubaran ahli jawatankuasa lama. Majlis diteruskan dengan sesi suaikenal bersama pelajar-pelajar baru dan perlantikan ahli jawatankuasa baru sesi 2009.

Penglibatan yang memberangsangkan diharapkan akan kekal pada masa akan datang.

Orientasi Kohai Baru sesi 2009

April 12, 2009

Pada 23-25hb Mac 2009,orientasi kohai kumpulan 2(AAJ&IBT) yang baru tiba ke Jepun telah diadakan di Toko Hotel,Tokyo.

Kohai bagi kumpulan 2 adalah dari kawasan Kantou dan Tohoku. Seramai 31 orang kohai baru dari kawasan Tohoku telah tiba pada hari tersebut.

Kehadiran mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita di sambut oleh pihak kedutaan Malaysia di Jepun dan ajk-ajk yang ditugaskan.

Orientasi telah diadakan oleh pihak MSAJ Pusat dibantu oleh MSAJ Tohoku,Kelab Umno Jepun bahagian Tokai dan Tohoku.Ahli-ahli MSAJ dari kawasan lain telah bekerjasama membantu pihak kedutaan MAlaysia menguruskan kehadiran pelajar-pelajar baru tajaan JPA.

Status laman web Msaj Tohoku

April 12, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Laman web rasmi Msaj Tohoku terpaksa di tangguhkan perkhidmatannya buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat di elakkan.

Segala pengumuman dan senarai aktiviti tahunan Msaj Tohoku akan di siarkan di laman web ini buat sementara.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

Segala kerjasama daripada anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Harap maklum.